Have a Look.. Thank You!!

Pages

10 January 2012

..jangan tdo lagi..


~..Assalamualaikum..~

Hye allz.. Eh, korang nak tido dah ker? Ai.. Jangan lar korang tido dulu sebelum korang tak wat LIMA perkara ni.. Ape dye? Korang xtau ker? Haa.. Ni nak duk bagitau lar.. Baca dan fahamkan elok2 taw.. Kalau tak faham cer tanya aku kat bahagian komen nun.. Tapi xkan la korang xfaham ye x.. Bukan aku tulis dalam bahasa binatang.. Huhu~ Kita same jer cume tak serupa.. ngeh3.. :)  Tido ni pon dikira ibadah jugak kalau korang betul2 buat mengikut tuntutan Islam.. So, korang baca dulu.. Then pikiaq korang tido ikut tuntutan ke ikut sukati korang je nak tido.. hehehe~


1. Tido dengan sopan..
Nak tau cara tido yang sopan macam mane? Haa~ Korang kalau nak tido sebaik nya mengiring sebelah kanan.. Sebab pe? Sebab cara tido macam tu lah yang nabi kita amalkan.. :)  Jangan sekali kali tido menelentang ke bawah sebab Nabi Muhamad pernah bersabda yang bermaksud :

 "Sesungguh nya itu cara tidur yang dimurkai oleh Allah SWT.. " 

Okeyyhh? Peace yo..!  ^_^v

2. Tido lepas isyak..
Waktu paling tepat untuk tido adalah selepas isyak.. Amalan nabi kita, baginda tidak suka tidur sebelumisyak dan berbual bual selepasnya.. Maksudnya kat sini pas solat isyak tu terus tdo lah..  Jangan nak ngobrol2 lagi.. (berbual-bual lagi) Atau bahasa moden gayut ke kan.. Hehehe~..

3. Amik wuduk dulu..
Kenapa mesti wuduk? Xdelah mesti kan.. Seelok-elok nya berwuduklah.. Sebab dengan berwuduk, keadaan diri kita lebih bersih malah dapat membuang dosa dosa kecil..  So, xdelah masa korang tido tu mengences2 sampai berpeta peta bantal pelok korang tuh kan.. Sampai da dapat cari mana Malaysia dalam peta korang tu.. Huhuhu~  :P

4. Baca surah2 pendek dan doa..
Ni penting ni.. Daripada korang baca puisi2 cinta, dengar2 lagu sebelum tido kan pe kata korang ubah pulak tebiat korang tuh dengan baca surah2 pendek.. Alah, bukan banyak sgt pon kan.. Bace mesej panjang berjela dari pakwe/makwe korang boleh, xkan lah baca surah pendek je nak merungut dah.. Aishh.. Korang amalkan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas dan juga ayat kursi.. Ulang 3x keyy.. So, xlah tido korang diganggu dengan mimpi yang tah pape kan.. Baca doa ni jugak :

الحَمْد لِلّهِ الّذِي أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْر 
Ertinya:Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

5.Bangun malam..
Haa~ buat ape bangun malam2 nih? Takde ape lar.. Kalau korang da sedap2 tido, tetibe terjage lak kan.. Tengok2 jam pukul 2-3 pagi. Ape kata korang bangun je terus.. Bangun jap, buat solat tahajud ke,solat hajat ke.. Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang tidur dalam keadaan yang suci dan berzikir lalu tiba-tiba terbangun di malam hari kemudianmeohon kepada Allah kebaikan dunia dan akhirat kecuali Allah akan mengabulkannya.." 

Maha Suci Allah.. Allah tu Maha Adil kan.. Orang laen sedap2 tido tengah2 malam, tapi korang bertafakur.. Besar pahala nya, malah dimakbul kan doa lagi.. Korang tak nak pahala ker? Free je bole dapat kan.. Tepuk dada tanya iman.. :)

So, amalkan la LIMA perkara ni sebelum korang tido ea.. Tak banyak pon, LIMA jer..  :)

~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 

.
Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

0 comments:

Post a Comment

Copyright©Segala yang Tercipta Hak Milik Kekal ka-arikitaka