Have a Look.. Thank You!!

Pages

19 May 2012

" menggenggam segulung.. ?? "



Hai allz..
Assalamualaikum..


Arini aku dok sorang2 jer kat rumah. Aku tak tau nak buat ape, dan disebabkan tak tau nak buat ape tu aku mem'bizi'kan diri untuk menulis blog. Huhu ^^


Ekceli entry yang aku nak cite ni dari bulan lepas lagi. Tapi saje2 la nak kongsi gan u ollz ape yang aku genggam segulung nie.. Hehehe^^ ----> < jangan nak mikior ke laen plak eaa.>kih3..



Ni la dia segulung tu.. Auuu cakkk :)






Aicehhh.. Alhamdulillah, selame hampir setahun aku da abes belajar dapat jugak menggenggam segulung ni.. Hehe.. Tapi even diploma aku rase macam nak sambung belajar lagi, nak dapatkan segulung ijazah pulak. InsyaAllah. Dimana ade kemahuan, di situ ade highway.. :) Cepat sikit sampai.. Hehehe.. ^^









Majlis Konvokesyen ni diadakan di Putrajaya International Convension Centre (PICC). Ramai gler woo, bersesak-sesak sebab bergabung dengan student2 KLMU.


Ohh? Aku lupa ea nak bagitau aku belajar mane.? Hehe. Before aku belajar di Cosmopoint International College of Technology branch of Muar dalam bidang E-Kesetiausahaan.. Hihihi.. wink2..




Pic kat sebelah ni antara rakan-rakan seperjuangan aku. Comey2 belaka. Ade ramai ag yang comey2, tapi takut aku tenggelam pulak kan.. hehe.. :) Jangan tengok sape yang paling rendah kat situ tapi tengok sape paling comeyy k.. kih3..













----> Pic ni saje jer nak wat glam kat sini. Hihihi.. Kredit to Mr. BNG for his camera.. Thanks a lot ya. ^^

*psss.. Akak aku cakap aku macam nak pergi nikah. Huhuhu..^^ Ngan sape? Hekk.. Abaikan disitu.. kih3..









Thanks jugak to all coz sudi bace. Papai.. ^^ Love u, mmuah!! Hek..


*ramai tak perasan aku pakai contact lens di mate aku..* Anda pula bagaimane? ^^





Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

13 May 2012

..CUSTOMER VS CASHIER..


..Assalamualaikum..

Hye ollzz.. berjumpa lagi kita dalam segmen celoteh di ka-arikitaka.blogspot.com.. huhuhu~
Lame nye aku tak menghapdet blog aku nih.. Haachuuumm!! Adedeh, berhabuk berkulat bagai blog nih.. hahaha~ Nape ar aku da lame tak hapdet? Asila o asila.. Ceciter2.. heh.. Bz kerja la broo. hehe..

Okeh2, meh cni aku nak bercerita tentang cashier.. Ape itu cashier?? Cashier adalah sejenis perkataan yang bermula dari huruf C dan berakhir dengan huruf R.. Hehehe.. Ia adalah sejenis pekerjaan yang memerlukan daya ketahanan yang tinggi.. Aicecehhhh.. POYO! Ekceli takde pon, saje nk kabo auta ckit.. hehe..

So, ape kena ngena cashier gan entry aku kali ni? Adelah, baca leklok keyy.. :)

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim.. :)

Korang mesti pernah g supermarket ke, hypermarket ke, superhypermarket ke kan.. (Ade ea?) Hihik.. Mase korang da jalan2 kt supermarket tu korang ade beli barang tak? Mesti ade kan, paling tak pon 1 barang je, sbb korang malu da berjalan berjam-jam tp tak beli pape.. betol tak? kih3.. Then, mase korang nak bayar barang korang tu, korang bayar kat sape? Mesti kat cashier kan? Kan? Kan? Sooo.. kat sini aku nak kongsi sikit cara korang berkomunikasi gan cashier tu.. Hehe..

i) Berkasar..
Kebiasaan nye cashier ni terdiri daripada golongan perempuan.. Perempuan ni jiwa nye lembut n sensitif ckit. Apela salah nye kalau korang cakap lembut2 jer gan cashier2 ni kan. Diyorg pon manusia biasa jugak. even kalau cashier tu salah pulangkan balance dwit korang, saba jelah. xde org xbuat salah dalam dunia nie.. :) ohhh.. kalau dyorg terlebih pulang dwit korang, korang marah x??? cer pk, cer pk.. :)

2)  Duit berkeriok abes..
Ade certain manusia dlm dunia ni suka letak duit dalam poket, sampai renyok + berlipat2 duit tu. da 1 hal plak cashier tu nk btul2 kan dwit korang tu.. 1 keja plak, da melambat kan kerja korang.. nak mneunggu lme plak kan? PADAN MUKE!! Hehe.. So, jgn wat cmni keyyy..:)

3) Letak duit campak2..
Haa.. sape antara korang selalu wat camni? Cuba belaja menghormati antara 1 same lain?.. Bagi duit tu bia leklok, senang hati cashier tu. Ni u all letak duit tu campak2, then cashier tu nak kutip plak duit u all tu. Nampak macam kuli plak cashier tu kan.. Pleaseee la u all ea.. Jangan wat camtu..

4) Tak jadi beli barang.
Bile korang nak beli barang, make sure u all nak beli barang tu. Pernah 1 ketika, aku da scan barang sorang customer nie, tetibe dye cakap tak jadi nak beli. Hampeh betul la.. Aku xrase menyusah kan diri aku tapi aku ase menyusah kan diri customer tu sendiri.. Kan da kena menunggu kan.. Aishh.. Kesian tak? Mesin scan tu bukan leh undo scan kalau u all xjadi beli. Jangan menyusah kan diri u all keyy..:)

ok lah, aku bagi example 4 jer dulu keyy.. Ade mase aku sambung lagi.. :) Skunk ni, aku da keja sebagai kerani, kat mane? Korang ley tgok sendiri KAT SINI.. Berehh.. Sekian saje persembahan blog aku untuk malam nie. Sekian, wassalam..


Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

16 February 2012

..Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih..


~..Assalamualaikum..~ 

Okeh, setelah sekian lama tak menghapdet.. Nah.. cerita penting dari aku tok korang..  Baca jangan tak bace..:)


Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.


Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.


Tidak dinafikan ada umat Islam di Negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.


"Hari Kekasih" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya scenario menyambut “Hari Kekasih” berlaku di kanlangan remaja Islam.  Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.


Keputusan Fatwa Jabatan Mufti Johor:


AMALAN MERAYAKAN HARI KEKASIH (VALENTINE’S DAY) TIDAK PERNAH DIANJURKAN OLEH ISLAM. ROH PERAYAAN TERSEBUT MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR KRISTIAN DAN AMALANNYA YANG BERCAMPUR DENGAN PERBUATAN MAKSIAT ADALAH BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAMIAH SERTA DILARANG OLEH ISLAM.


OLEH ITU UMAT ISLAM ADALAH DILARANG DARIPADA MELIBATKAN DIRI DI DALAM MERAIKAN HARI TERSEBUT.



Sejarah Perayaan Valentine Day

Valentine asal nama sebenar St. Valentino. Merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman permrintahan Ratu Isabella di Sepanyol.  Beliau merupakan orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.


St. Valentino telah dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M) .  Bermula dari kisah ini Kristian telah mengabdikan St. Valentino sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.. Ia turut dianggap sebagai upacara kegamaan mesyarakat kristian sempena memperingati kematian St. Valentino.

Okeh, done..!  Ade faham? Sori terlambat post info nieh. Ampuunn..  :)


p/s: Aku memang tak pernah sambut Hari Kekasih ni.. Wish pon tak pernah.. Alhamdulillah, InsyaAllah sampai bler.. hek..


Sekian, wassalam.. :)




Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

31 January 2012

..ni je yang kita bawak nanti, okeyy?..



SABDA Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: 
"Apabila mati seorang anak Adam, maka putuslah amalannya melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakan baginya.."


~..Assalamualaikum..~


Hai semua! Dah tidur ke belum? Jangan lah tido lagi yek.. Baca kisah yang aku nak kongsi kan ni.. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. :)



Pada zaman dahulu di negeri Arab hiduplah seorang saudagar yang kaya raya… Hidupnya sehari hari serba cukup, memang takde yang kurang langsung lah..  Anak-anak nya semua dimanjakan, tak dididik dengan baik.  Sehari – hari anak-anak nya selalu bersenang-senang, b’foya-foya dengan wang.. Yelah, da banyak duit kan.. (Duit mengaburi mata manusia)


Satu hari, saudagar tu jatuh sakit.. Dah banyak kali diubatkan tapi tak sembuh-sembuh jugak..Tapi dalam keadaan yang camni pon anak-anaknya tak hiraukan ayah nya yang sakit tu.. (Kesian saudagar tu kan) Mereka tetap b’foya-foya..  Ayah nya mula merasakan betapa ruginya mempunyai anak yang tidak terdidik.. (Nasi sudah menjadi bubur, menyesal kemudian takde guna nya, ye tak?) ^^


Namun, lama kelamaan sakitnya betambah teruk dan saudagar tersebut akhirnya meninggal dunia.. Harta peninggalannya yang belrimpah limpah itu kemudian digunakan oleh anknya semhu mahunya untuk memuaskan hawa nafsu..


Pada suatu malam, ada seorang bernama Abu Qulafah tidur di kuburan di mana saudagar kaya itu dikembumikan.. Dalam tidurnya itu dia bermimpi melihat kuburan seakan-akan terbelah menjdai dua.. Dari celah belahan itu dia melihat orang ramai keluar.. Aneh sangat, sebab orang yang keluar tu semua nya bawa penyuluh dan penyuluh masing masing mengeluarkan cahaya yang kemilau menerangi jalannya sendiri..


Tapi dari banyak2 penyuluh tu, ada satu penyuluh yang tak bercahaya.. Abu Qulabah tahu bahawa penyuluh itu adalah kepunyaan saudagar kaya bar meninggal itu..


“Wahai saudara! Mengapa penyuluhmu didak bercahaya seperti orang lain?” Tanya Abu Qulabah dalam mimpinya..

“Betul, ya Abu Qulabah! Sesungguhnya aku  sangat malu terhadap temanku-temanku di sini.. Merka itu mempunya sanak saudara dan anak-anak yang soleh.. hampir setiap hari mereka mendapat kiriman doa-doa dan sedekah dari keluarganya yang masih hidup.. Oleh sebab itu layaklah kalau mereka  sekarang mempunyai peyuluh yang bercahaya, sebagai pelita di alam kubur yang gelap ini.. Sedangkan aku selalu kegelpan sehari-harinya..


“Aku mempunyai anak di dunia tetapi kereana dulu aku tak mempeduiikan pendidikan mereka, sekarang aku dilupakan.. Tidak pernah sama sekali mereka mengirim doa kepada.. Setiap harinya selalu b’foya-foya memuaskan hawa nafsu mereka.. Harta peninggalanku tidak pernah digunakan untuk bersedekah kepadaku.. Inilah kelalaianku di dunia, sehingga hartaku yang banyak itu tak bermanfaat sama sekali bagiku..” sambung saudagar tu lagi..


Sampai disitulah Abu Qulabah terbangun, mengingatkan mimpinya itu. Hatinya mnejadi hiba mengingat nasib saudagar yang malang itu..


Pada keesokan harinya, Abu Qulabah pergi ke rumah anak saudagar itu untuk mengkhabarkan tentang mimpinya.. Setelah mimpinya itu ditutarakan kepada anak-anak saudagar itu, dengan rasa terharu mereka menyesali perbuatan mereka..  Mereka berjanji akan mengubah sikap dan akan mendoakan ayah mereka setiap waktu..


Selang beberapa bulan dari mimpinya yang pertama itu,  pada satu malam Abu Qulabah bermimpi bertemu saudagar itu lagi.. Kali ini saudagar itu membawa penyuluh yang bersinar cemerlang gemilang terbilang melebihi teman-temannya yang lain.. (^_^)Saudagar itu kemudian mendekatinya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya..


Demikianlah pada keesokan harinya Abu Qulabah datang menceritakan mimpi keduanya kepada anak-anak saudagar tadi.. Mereka pun kemudian mengucapkan terima kasih kepada Abu Qulabah yang telah menyelamatkan ayah mereka dari kegelapan di alam kubur..


Wallahualam.. :) 




~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 



p/s: Sekadar berkongsi cerita yang ada.. Moge membawa manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah.. :)


.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

27 January 2012

..terima kasih..


~..Assalamualaikum..~

Hye allz.. Ape yang aku nak cerita kat sini adalah berkaitan dengan kisah 2 jam yang lepas sebelum aku pos entry ni..  Korang boleh KAT SINI untuk entry aku sebelum ni ea.. Baru la korang tau ape yang aku terima kasih sangat ni.. :)



Kepada si dia..


Awak.. 
Saya tak tau nak cakap camne lagi kat awak..
Awak baik sangat dengan saya..
Tu yang saya tau tentang awak..
Walaupun kita da lama kenal, tapi saya masih xkenal sebenarnya siapa awak..
Dan kita memang dalam proses mengenali antara satu sama lain..

Tadi saya call awak..
Saya da cerita kan kat awak apa yang saya nak cerita..
Mulanya saya takut.. Saya takut awak tak boleh terima..
Saya minta maaf kalau cerita saya tadi buat awak terkejut or..


Hmm... Entah la, saya tak tau nak describe macam mane..
Pape pon, saya tetap tak boleh baca hati awak..
Awak boleh terima..
Saya ucap kan terima kasih sangat-sangat kat awak..
Saya percaya kat awak..
Tapi saya tak tahu hati awak, kan?


Betul kata awak..
" Setiap orang tak pernah lari dari membuat kesilapan dan kesalahan.."
Tapi apa yang awak cakap tu sama ke macam dalam hati awak?
Mungkin berbeza kot.. Tapi mungkin jugak tu cuma perasaan saya..
Saya tak patut cakap macam ni.. 
Saya percaya kat awak..
Awak da buat saya yakin dengan awak..
Terima kasih sangat..


Saya bersyukur sebab saya jumpa awak..
Kalau ditakdirkan saya lah tulang rusuk awak yang hilang, saya akan jaga awak sebaik mungkin..
Tapi indah nya segala yang dirancang..
Jika ALLAH tak mengizinkan, tak menjadi juga..
Usaha? Yup, tu yang paling penting..
Macam awak cakap tadi..


Tapi awak, saya tak pernah paksa awak tuk terima saya..
Saya perasan awak macam lain tadi..
Tapi takpelah.. Yang penting saya da cerita kat awak..
Takde rahsia lagi antara saya dan awak..
Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar tadi..
Terima kasih ya ALLAH..
Terima kasih kerana menemukan aku seorang lelaki yang baik sepertinya..
Apakah aku akan jumpa lagi lelaki sebaik nya?
Kalau pun aku jumpa lelaki yang lebih baik, aku harap kan itu adalah dia..
Kau restuilah hubungan kami ya ALLAH..
Bimbinglah kami ke jalan yang Engkau redhai..
Sesungguhnya kami saling perlu-memerlukan seperti Adam memerlukan Hawa..
Engkau lah yang MAHA MENGETAHUI segalanya..



"TERIMA KASIH kerana masih menerima diri ini seadanya.."



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 


,




Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

..maafkan saya, awak..


~..Assalamualaikum..~


Sekadar ingin berkongsi luahan rasa di sini..  Sesungguhnya, hanya kepada Allah jua lah tempat aku meminta pertolongan dan tempat mengadu.. Dan blog ini jualah tempat aku meluahkan rasa yang mungkin sedikit sebanyak boleh meredakan sikit perasaan aku sekarang ni.. Semoga hati aku akan lebih tenang selepas ni..


Tanggal 26 Januari 2012
Arini adalah hari yang mungkin akan mengubah status aku..
Aku perlu bagitau segalanya kepada dia, insan yang aku SAYANG setakat ni..
Aku rasa dia perlu tau tentang hal ni..
Dia baik sangat pada aku..
Dia lah insan yang paling baik pernah aku temui..
Memang, memang takde insan yang sempurna di dunia ni..
Tapi, jujur dan ikhlas aku katakan, dia lah insan yang sempurna pada mata hati aku..
Dan malam ni, penentu segala nya..
Harap awak dapat terima saya lagi selepas malam ni..


Saya minta maaf sebab rahsia kan perkara ni daripada awak..
Dan malam ni, insyaAllah.. Semoga kekuatan itu tak goyah dalam diri aku malam ni..
Sejak saya kenal awak, saya tak pernah sangka hubungan kita akan jauh sampai macam ni..
Sebelum ni, saya cuma anggap awak cuma kawan saya.. Cuma kawan karib, tak lebih daripada tu..
Dan akhirnya awak.. Kehadiran awak telah mengubah prinsip hidup saya yang mana saya tak akan "menerima" lelaki yang sebaya dengan saya untuk mengisi segenap ruang dalam hati saya..
Jujur saya katakan, memang dulu saya minat kat awak.. Tapi saya tak pernah terfikirkan yang awak akan menjadi milik saya..
Dan saya tak pernah sangka yang awak jugak ada simpan perasaan kat saya.. Tapi mungkin dulu dan sekarang..
Saya tak jamin awak ada perasaan macam tu lagi selepas malam ni..
Apa-apa pun, saya redha.. Saya serah kan semua nya pada ALLAH..
Hanya dia tempat saya bergantung harap..
"Semoga KAU permudah kan urusan aku malam ni, YA ALLAH"


Awak, Maafkan saya..
Maafkan saya sebab buat awak macam ni..
Saya takde niat nak rahsia kan hal ni daripada awak..
Saya terima awak seadanya diri awak..
Tapi...


Hmm.. Entah la..
"Kadang-kadang Allah sembunyi kan matahari, DIA datangkan petir dan kilat.. 
Kita tertanya-tanya kemana perginya matahari, rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi.."
Awak.. Saya sayang sangat kat hubungan kita ni..


Tanggal 12 Januari 2012
Mesti awak ingat tarikh ni kan..
Bermula dari hari tu, hari-hari saya penuh dengan ukiran senyuman..
Awak selalu gembirakan saya, buat saya bahagia..
Saya percaya kat awak.. Buat pertama kali nya saya benar-benar mempercayai seorang lelaki..
Dan Alhamdulillah, orang itu adalah awak..


Malam ni penentu segalanya..
Mungkin sebelum ni awak boleh terima saya, tapi..
Tapi saya xsure awak boleh terima saya lagi atau tak selepas malam ni..
Semuanya saya serahkan pada ALLAH..
Dia lah yang MAHA MENGETAHUI segalanya..


Maafkan saya awak..
Tapi saya tetap anggap awak istimewa dalam hati saya..
Terima kasih Tuhan kerana KAU temukan dia hadir untukku..
Tapi aku masih mengharap kan KAU untuk yakin kan aku adakah dia benar-benar untukku..
Kepada-MU aku bermohon ya ALLAH..
"Jika dia benar dia telah Engkau catatkan untukku,
Satukan lah hatinya dengan hatiku..
Titipkan lah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi, ya ALLAH..
Namun, andai telah Engkau takdirkan dia bukan milikku,
bawa lah ia jauh dari pandanganku dan peliharalah kami dari kekecewaan.."


Awak..
Tadi masa awak call..
Saya terpaksa hentikan perbualan kita..
Sebab saya tak sanggup tengok awak sedih..
Saya menangis sebab saya tak patut buat awak macam tu..
Tapi dalam masa yang sama, saya kena bagitau awak segalanya..
Mungkin dah sampai masa nya..
Dan sekejap lagi, saya kena jugak call awak..
Sebab saya dah janji saya akan cerita malam ni..
Maafkan saya awak..
Sebab saya dah buat awak sedih..
Sedangkan awak selalu buat saya gembira..
Saya rasa bersalah sangat pada awak..
Saya rasa ni semua tak adil untuk awak..
Saya harap sangat awak maafkan saya..


Awak..
Kalau awak baca luahan saya..
Saya cuma nak awak tau yang saya sayang kan awak..
InsyaAllah, buat selama-lamanya..
Kalau boleh, saya tak nak sia-sia kan hubungan ni..
Harap awak faham apa yang akan saya ceritakan pada awak selepas ni..
Terima kasih sebab awak sanggup tunggu saya call awak..
Terima kasih muncul dalam hidup saya..
Terima kasih atas segalanya awak..
Dan akhir nya, saya dah bersedia nak call awak ..


Ya ALLAH,
Kau kuatkan lah hatiku untuk menghadapi situasi ini ya ALLAH..
Hanya kepada Engkau aku berserah dan hanya kepada Engkau aku menumpang kasih..
Andai nya diri ini bukan untuk dirinya, kau temukan lah dia dengan insan yang memahami nya ya ALLAH..
Bahagiakan lah dirinya..
Sesungguh nya Engkau lah yang MAHA MENGETAHUI apa yang kami TIDAK KETAHUI..
Amin, ya rabbal 'Alamin..


Terima kasih kerana sudi membaca.. :)


~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 


.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

26 January 2012

..seharum wangian syurga..


~..Assalamualaikum..~

Hye allz.. Indah nye tajuk entri aku kali ni kan? Seharum Wangian Syurga.. Nape tetibe je indah tajuk aku kan? Eh, bukan tajuk entri aku sebelum ni indah-indah ker? Huu~ (Jangan nak perasan lebih la asila!)  ^^


Takpe-takpe.. Korang nak tau tak ape yang kena ngena tajuk entri aku kali ni?  Ni haa~ Nak tunjuk nih.. Taraaa~ 


Novel je pOn..~


Woo~ Novel je pOn..  (Hypeee!)  Ade istimewa nya novel ni taw..  Subhanallah, jalan cerita nye bestttt! sangat..  Penuh dengan drama, suspens dan macam-macam lagi lah!  Rasa macam geram n xpuas hati pun ade kalau baca jalan cerita ni..  Aishh.. Tapi aku x abis baca lagi buku ni..  Sebab malam ni eksaited sangat nak cerita about diz book! (Gedik ^^)


 Buku ni ekceli Mr. BNG beli kan kat aku masa dating aritu.. :)  Kebetulan pergi Popular kan.. (Bukan kebetulan, memang nak pergi pun.. Hek.. ^^)  Tak tau la sesuai ke x perkataan beli tu sebab Mr. BNG beli guna voucher yang semua student IPTA/IPTS dapat tu.. Haha~ Kantoi suda.. Kepada Mr. BNG, terima kasih awak.. :)


Okeyh, habis cerita pasal Mr. BNG.. ^^  Kita cerita sikit tentang novel ni.. Novel ni ditulis oleh Isma Haneefa.. Aku tengok pada serba sedikit profil penulis nye, dye ni muda lagi taw!  Teruja dengan bakat dia menulis, sebab?  Novel ni macam islamik-islamik gitu..  Setiap baris ayat-ayat nya penuh dengan pujian kepada Hanya Yang Satu, Allah Azzawajalla..  Subhanallah..  Kredit to ISMA HANEEFA.. :)  Boleh klik situ untuk kenal penulis nya.. :)  Great novel.. Awesome!!


Banyak jugak watak yang ada kat dalam novel ni.. Tapi watak dan konflik yang berkait adalah Ustazah Isma Humairah, Ustaz Alif Fahmi, Anis Naufara..  Jalan cerita yang penuh dengan keagamaan, dengan batas-batas pergaulan yang dibina atas dasar Islam dan penuh dengan ilmu keagamaan.. Serba sedikit boleh jugak tambah ilmu pengetahuan yang sentiasa tak pernah cukup ni, kan? ^^


Korang nak tau apa yang aku dah tau?

"Dosa boleh menghubungkan kita dengan ALLAH?"

Cara nya:  "Kalau kita sedar yang kita dah buat silap, biasanya kita akan bertaubat, mohon ampun kepada ALLAH.. Dosa itu boleh menjadi penghubung jika kita cepat-cepat bertaubat balik.. Dalam Al-Quran ada menyebut, antara orang yang dicintai ALLAH ialah orang-orang yang bertaubat.  Cinta yang terbentuk kerana penyesalan dosa kita dan taubat itulah yang menjadi penghubung kita dengan ALLAH.."




Ni serba sedikit ilmu yang aku dapat bila aku baca novel ni..  Bila direnung-renungkan memang dalam maksud kat situ.. ^^  Okeyh, abis scene nasihat.. (nasihat ker?) Wink2..^^  Takpe-takpe,  yang ni scene syahdu pulak..  Mane? Sabar lah.. Ni diaaa~


"Hmm.. Ima, abang.. abang teringin nak jadikan Ima teman hidup abang.  Abang mahukan Ima yang menjadi pelengkap tulang rusuk abang yang hilang, yang akan sentiasa berada di sisi abang.."




Syahdu tak? Huhu~  Tak ekh? Yang penting pada aku syahdu, nak-nak kat tang pelengkap tulang rusuk yang hilang.. Woww! ^^  Nak tau scene lain plak?  Alaaaa~ Tak leh lar cerita lebih-lebih kat sini..  Kepada kaki-kaki novel kat luar sana tu, korang beli sendiri keyy?  Tak mahal mana pon, RM23.00 jer.. :)  (Promot harge baeekk punye!) ^^  Tak rugi beli kalau buku tu penuh dengan ilmu, ye tak?  :)


Okey, da abis gian nak cerita bout diz book.. Hehehe~  Have fun.. :)



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 




.
Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

24 January 2012

..aku dan contact lens..


~..Assalamualaikum..~

Hye allz.  Okey, semalam kisah aku dan Mr. BNG.. So, arini kisah aku dan contact lens plak.. Eh, xtau kisah semalam? Takpe2, jangan kecoh2.. Bawak bertendang, KLIK SINI.. Hehehe~


Kenapa aku dan contact lens? Okey, tanpa membuang masa saya, Asila akan menceritakan serba sedikit kisah dan pengalaman yang berlaku dalam kehidupan saya pada hari ini, tanggal 24 Januari 2012 yang mana saya. . . (Pe cer skema sangat ni asila? Bajet bagus je ko..) Ahah!~


Okeh, abes di situ.. Ekceli arini aku baru first time pakai contact lens.. (Sesuaikah penggunaan "pakai" disini?) Heh.. Whatever lah..  *Maaf sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa di sini..* Aicecehhh~  Jakun betul aku ni kan.. Tu pon, contact lens pinjam.. Sewa tak berbayar dengan my beloved sister.. Huhu~  Itupun my sis jugak yang pakai kan.. Agak susah lorr..  Terkebil-kebil mata aku..  Da macam kucing makan asam kecut.. (Comeyl ark?) Huh! ^^


Abaikan mata kanan yang merah tuh.. ^^



Abaikan senyum yang melebar di situ.. Ahah~



Huhu~ Nampak x wajah ke'jakun'an aku kat gambar2 tuh? Haha~  Siyes, memang takot nak cuba.. Sebab aku pernah nampak sorang member aku nak pakai sampai merah-merah mata dia.. Aishh, macam takut je kan.. Sayang lorh kat mata nih.. Sekali ni jelah dapat anugerah mata ni, kalau rosak takde nak dapat lagi taw! So, take care my eyes for my dear..  Huk huk huk.. ^^


Tapi tadi pon mengalami sedikit kepedihan di mata.. Sebab tangan baru lepas makan nasi berlaukkan ikan selar kuning masak sambal.. huhuhu~  Itupun effect erk? Adoiyaii..  Tahan jela, gatal sangat nak pakai kann.. ^^


Anyway, thanks a lot to my sis coz pakai kan lens nih.. Tah biler dapat pakai lagi tak tau lerrr..  Ahah~ Macam ade hati nak pakai jer.. ^^  

~Sekian~
(。◕‿◕。ღ)

.


Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

..O.M.G!!..


~..Assalamualaikum..~


Hye all.. Lama sudah x menghapdet blog.. Tu la kau asila, dating jer smpai kan "purple blog" ko ni pon ko lupe.. Hek.. Bukan lupa lah, cuma x berkesempatan jer + pulak dengan line berukband ni.. OMG!! Macam beruk dapat bunga..  Huh! Nape bunga?? Whateverrr~  Wink2..^^


Ape yang aku nak cerita ni sebenarnya about yesterday.. Kira ni flash back balik lah kan.. Saya dan.. Err.. Err.. Nak cakap kat sini ker? Hoho~  Saya dan Mr. BNG memang dah plan bout diz dating nih.. :)  Plan nak gi naek bus around 9am gitu lah.. Cehh, eksaited lar aku kan pukul 9.10 da terpacak tegak kat depan umah aku sambil menanti bus sampai.. Tunggu punya lah tunggu sampai naek lenguh kaki aku, bas xjuga kunjung tiba.. Parah sungguh.. Tengok jam, OMG sudah pukul 10 maaa~


Mr. BNG asyik call je tanye about bas.. Bengang + Kecewa + Sedih = Frust Nonggeng.. (Huh! Seb xde orang nampak, hodoh sungguh perangai! )  wink2..^^  Tapi aku kembali ok bile Mr. BNG call n pesan:

" Awak gi lah naek rumah, panas-panas ni.. Gi naek rumah cepat"

OMG!! Longlai tetiba badan aku.. Maybe korang rasa biasa, tapi cara cakap nye tu membuatkan aku cair.. Haha~ Lap u larhh!  (Over sudaa~)  So, aku pon naek lah... Bukan pe, umah aku atas bukit so memey kena naek lah kan.. :)  Then, dye call untuk make sure plan sterus nya.. Same ade nak pergi jugak atau pun tnggu esok ari nya..


Then, aku pk.. Kalau pergi arini, kena balik malam lah jawab nya.. Tapi kalau pergi esok, takut tempat yang dye nak pergi tu tutup pulak.. Sebab Chinese New Year kan.. :)  Akhir nya, bincang punya bincang.. Sebulat suara memilih pergi hari tu jugak naek bas tengahari dalam pukul 12.. (Macam ramai sgt yang pergi sampai sebulat suara.. Bulat sangat kerrr~)  ^^


Masa yang ditunggu-tunggu pon tiba.. Hoho.. Mr. BNG menjadi sumber maklumat aku bile bas sampai ke tempat aku.. Sebab dye naek dulu kan.. Xnak aku berpanas kata nya.. Hoho.. Thanks.. :)  Akhirnya, dapat lah aku berjumpa dengan dye.. Fuhh! Siyess, lega dapat jumpa.. Terima kasih ya Allah.. :)  Hehe.. Sepanjang 2jam dalam bas, macam2 cerita dibualkan.. Citer ape? OMG!! Terlalu banyak.. but SECRET di situ.. Ahah~


Tapi paling suka part dye bg something kat aku.. Tau x ape dye? OMG!! CHOCOLATE!! Banyak wooo~ Kalau aku sorang makan memang kenyang giler.. Seminggu aku xmakan nasi.. Haha~ Tapi mintak maaf sangat2 sebab takde sumber gambar di sini.. Balik2 rumah je 1 family aku da serbuu.. Huhu.. Thanks so muchhh to Mr. BNG.. Very L.O.V.E u larh my dear.. :)


Aku memang x sangka sebanyak tu coklat yang dye bagi kat aku.. ++++ S.A.Y.A.N.G larh kat awak!! Tapi bukan sebab coklat tu aku sayang kat dye okeyyy.. Jgn salah faham di situ.. Secara perlahan-lahan aku boleh terima dye.. Kenapa?




maaf jika kurang jelas..^^


Hehe.. Saje selitkan kat sini.. Malam ni terlebih eksaited plak menghapdet siap ade bonus nukilan ciptaan sendiri lagi.. Cewahhh~ Jiwang la pulok.. Hehe..  Anyway, aku puah hati sangat semalam, even ade perkara yang amat melucukan.. Hehe.. Nantikan esok eh.. Peacee.. ^____^v



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ)




p/s: Miss u n love u Mr. BNG.. ngeee~... (Malu2)


.
Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

21 January 2012

..saya akan bahagia kalau awak bahagia..Apekah??..


muka nak sedihh.. haha~



~..Assalamualaikum..~

Hye ollzz.. Lama betul rasa nya aku x menaip.. Sekali lagi tiba masa untuk aku menghapdet pada waktu2 malam bulan mengambang.. Uitt.. Mengambangkah? Whatever.. Haha~  Pe cer tajuk entri aku kali ni?

"Saya akan bahagia kalau awak bahagia.."

Yuhoo~ giler jiwang malam nie.. Tapi bukan aku lar.. Maybe ade sesetengah orang kat luar sana yang tengah frust bercinta or.. bergaduh.. or? Whatever lah.. Korang suma da besar, mesti tau .. Hehe~


Ape pendapat korang dengan ayat ni? Kebiasaannya kita akan dengar bila episod tinggal meninggalkan kekasih.. Ai, kemain lagi yerk..

"Takpelah, saya redha kalau awak nak tinggalkan saya n pergi kat dot dot dot tu.." 

Sedih kan? Bila adanya orang ketiga.. Parahhh~ Bila kita da sayangkan someone tu mcm confirm2 dia yang jadi peneman hidup kita seumur hidup kita, tetiba kita di tinggalkan.. Cehht poodahh.. Abis madu aku kau buang.. hehek.. Suka-suka kau jer.. Nah, penumbuk hikmat sakti satuuu! Dushh.. ! Hee..  ^^


Tapi ikhlas kah si dia berkata sedemikian? (Skema pulokk)  Kalau aku, memey xlah.. Cakap boleh, tapi hati mesti kata laen.. Contoh?

"Jahanam %^#&$#! Siap la dot dot dot tu.. Ko akan rasa jugak apa yang aku rasa sekarang!! "

Wink2.. Ni contoh jer.. Mungkin takde jodoh kan, nak buat macam mane.. Kita cuma merancang tapi Tuhan penentu segala nya.. Yang penting ikhlas lah menerima segala kemungkinan..  ^^



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ)  



p/s: Sayangilah seseorang itu sesederhana yang mungkin dan bencilah seseorang itu sesederhana yang mungkin.. :)




Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

18 January 2012

..candle vs potpourri..


~..Assalamualaikum..~


Hye allz.. Huh, arini tak tau nak hapdet ape kat entry aku.. Naseb baek la my bb takde pape masalah, so takde masalah jugak aku nak dating gan Incik Google.. Kalau tak, hang ajelah sepanjang masa.. Grrrr!!  Huh.. Mara ke per ni? Hodoh2.. ahakss.. ^^


Tadi aku dating, tau tak apa aku jumpa? Perhh~ Wa jumpa candle beb! (Atau dalam bahasa melayu nya lilin) Haha~ Tapi bukan lilin yang korang guna masa black-out tuh.!


Candle yang aku nak highlight kat sini, candle yang warna warni, yang besar-besar tuh.. Tapi takdela besar gajah.. Melampau! ^^   Takpe2, jom kite cuci-cuci mata dengan gambar-gambar candle ni.. Ape? Korang tak suka candle? Tak nak tengok? Weekkkk~  ^^ Ade aku kisah? Tak nak tengok dah.. Ade Nampak button pangkah tak kat bahagian atas tu? Haa, p tekan sane laju2.. Hahaa~  ^^  (Ayat jahat jer)  Jom tengok2..



cOmey tak? ngeee~


Cantik sgt kaler nye.. Sweet~


cube shape.. i likeee!!


Memey ler giler candle aku ni.. Kenapa? Aku pon tak tau kenapa lar aku ni giler sangat gan candle nih.. Aku pon tak tau lah nak cakap camne.. heee~ Aik, kenapa banyak purple ea.. Haha~ Pencinta purple, pencinta candle.. Yeah!! Its me!  ^^ Siyes, memang suka sangat kat candle.. Nampak macam pelik, tapi itulah kebenarannya.. 


Bukan la pelik mane, tapi biasanya candle2 camni bau nya wangi taw! Sekali korang bakar candle tu, perhhh.. Wangi nye memang best lah.. Sambil pejam mata kan, korang dapat rasa candle tu dapat menenangkan jiwa korang.. Siyes, tak tipu punya cerita ni.. ^^ Aku juga pencinta ketenangan bukan ketegangan.. aicehhh~ ^^


Paling suke, kaler purple lar..  ^^ Biasanya candle kaler purple ni bau lavender, memang best! Bagi aku seguni candle ni pon aku terima.. Haha~ (over sudaaa~)  Candle ni jugak fungsi nya hampir sama macam potpourri.. Lorr, pelik la kau asila.. Potpourri tu mende plak? Hehe~ Tengok ni:


Taraaa~ Ni la rupe potpourri tu..

Okeyh.. Tau dah? Bagoss.. Tepuk tangan untuk diri sendiri.. Terima kasih.. ^^ Potpourri ni pon wangi jugak.. Letak sekali dengan candle lavender, fuhh~ Memey tenang lah.. Bayangkan korang balik-balik keja ke, balik kuliah ke kan tetiba bau candle + potpourri nih, mesti tenang jiwa.. Jangan plak korang:

“Eh, bau ape ni? Semacam je, naek bulu roma aku”


Ade kena lepuk kang ngan aku.. Korang yang bakar candle tu tetiba nak rasa len macam sampai naek bulu roma plak.. Lawak ape kah? ^^ Haha~ Bagi korang yang pencinta ketenangan bukan ketegangan ni, boleh la korang cuba-cuba beli yer, then letak kat bilik ke, ruang tamu ke.. Nikmati sendiri kelainannya yer.. Selamat Mencuba!! ^^



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 

.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

..nape tak boleh tido yer?..


~..Assalamualaikum..~


Salam 1Malaysia dan tengah malam.. Huhu.. Malam ni sekali lagi angin mane datang menerpa aku.. Ai la Incik Angin, time2 ni jugak awak nak menerpa saya wat naek bulu roma 1 badan aku je.. haha~ Sampai kan saya terpaksa menghapdet blog saya ni tengah-tengah malam camni.. Haha~ (Pape la kau asila, angin la ape lar)  huhu~

Nape tak bole tido yer?

Eh, tanye aku pulak? Ingat aku kaunter pertanyaan tak berbayar ker?


Hahak.. over sudaaa~  Antara sebab-sebab korang-korang dan termasuk lah aku yang kadang-kadang tak boleh tido ialah: (ayat macam nak buat karangan Bahasa Melayu Tingkatan 1) Haha… Biaselah budak baru nak belajar lar kata kan.. uhuk~uhuk.. (Tersedak jap, ade org ngate aku) ^^


Okeh, berbalik kpd tajuk.. Sini aku bagi serba sedikit sebab kenapa korang susah nak tido atau melelapkan mate:




 1. Kepanasan
Huh~ Bilik takde kipas ker, takde air-cond ker..  Awat panas semacam jer nih! Lorr, patot lar panasss!!  Sekali black-out daa.. Haha~ Kan? Korang kalau panas, boleh tido ker? Ofcoz kejap pusing kanan, kejap pusing kiri.. Guling sana, guling sana.. Tup tup.. Bokkk!! Jatuh katil daa~ Kahkahkah.. Tulah, katil bujang jer.. nak guling macam katil double queen jerk.. hehek..^^ Jangan la camni adik adik oi.. Buruk perangai.. Hahaha~ (Maap.. Aku memang suka gelakkan orang dan aku suka menangis bile orang gelakkan aku.. Haha~ )



2. Kesejukan
Ade jugak bile terlampau sejuk tak leh tido.. Fuiyoo, ni ofcoz lar..Sape yang tergolong dalam golongan ni, pleasee la angkat tangan.. Hoho. Nape? Sebab same gan aku.. ^^ Memang tak leh tido, sejuk sampai ke tulang sum-sum.. Angle pon baik punya, kalah udang.. Mengkerekot semacam.. (Betul ke aku eja ni? Hentam sajelah) Hehehe..






 3.  Berangan
Perhh~ Yang ni pon aku rase ramai jugak masuk dalam kategori ni.. Pleasee la jangan senyum-senyum eah.. Geli aku tengok.. Haha~ Takdelah.. Tapi betul ape, bile terkena hidung sendiri memang la macam makan cili gitu kan? Pedas tak? Lalalala~ (Aku pon ase pedas nih, nape ea?) Haha.. Aku pon camtu jugak lah.. Suka nak berangan perkara yang akan datang.. Giler la kan.. Kalau da start berangan, kalah drama Indonesia.. Episod beratus-ratus.. Hahaha.. Tapi korang la kan... Aku tak macam tu... Sekian.. Hehehe.. Tapi korang tak penat ke berangan-berangan ea? (Soalan ditujukan untuk diri sendiri juga)  Jangan la obses sangat.. Kang tup tup, jerawat penuh 1 badan.. haha~ (over sudaa~ ingat chicken pop ke..)






 4.  Teringat kat some one
Ni mesti korang tengah giler bercintan cintun ni.. Tu sebab tak leh tido.. Haha~ Senyum lagi ea.. Kantoiii .. Amboi masa ni lah kan.. Bibir tu tak lekang dengan sengih kambing nyer tu.. Mata terkebil-kebil.. Tengok skrin henpon macam nak terkeluar biji mate.. Ingatkan tengok ape la kan.. Duk ngintai jap~  Lorrr.. Pic marka rupanya.. Huhuhu~  Adik-adik yang berumur bawah 17 tu jangan la ikut jejak langkah kakak-kakak korang yang tengah mabuk bercintan cintun ni.. Parah dik oiii.. Kalau belajar buat la cara belajar, jangan mula kan lah.. (Pandai jer aku nasihat..)  Tapi aku tak tergolong dalam golongan ni lagi.. On the way kot.. Ahaha.. Chaiyokk asila!  ^^ (leh caye ker? Hukhuk~)



5. Ade exam penting
Okehh~ Biasa nye berlaku pada mereka-mereka yang study lagi lah kan.. Tak kira lah sekolah rendah ke, menengah ker, kolej ker, universiti ker, politeknik ke, maktab ker.. Erk.. over la kau asila, xkan sume kau nak letak kat sini? Hehe..~ Sorry2.. Abaikan disitu.. ^^ tapi biasanya mereka-mereka yang tergolong ni mereka-mereka yang study last minit la ye tak? Masa ni lah kucar kacir nak cari note la, buat latihan la, menghafal lar.. Adoiii.. Tolong la adik-adik yang masih belajar lagi tu.. Jangan la buat macam ni.. Aku ni pon dulu camni jugak lar.. Haha~ Tapi tak selalu lar, kadang-kadang jer.. Hehehe~  


Yang ke enam? Da takde dah.. Cukup la 5 ni ea.. hehe.. (Sebenarnya dah takde idea) Hehe.. So, marilah kita berusaha memejamkan mata kita untuk tido.. Eh, jangan lupa baca doa pulak dan sebelum tido BACA SINI.. Da baca? Alhamdulillah.. 5 jugak? Whateverrr.. Tepuk tangan untuk diri sendiri.. hehe~ ^^  Okeh.. Selamat tido.. zZzZzZ~~


Sumber foto: Incik Google Image



p/s: Jangan tido macam ni.. Hodoh perangai.. hehek..



~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 

.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

15 January 2012

..cikgu!! Pulangkan balikk!!






~..Assalamualaikum..~


Hye allz.. Tetibe arini aku teringat kat sorang ustaz time sekolah rendah dulu.. Takde sebab laen aku ingat kat ustaz ni sebab dulu dia penah curik surat aku.. (Kuang asam punya cikgu..hehek..^^)  Masa tuh baru darjah 4 or darjah 5 gitu kot.. hahaha~ 


(Amboi, kemain ye ko asila.. kecik2 lagi da pndai surat menyurat..) huhuhu~ Tapi aku lupa surat tu untuk siapa dan macam mana cikgu tu leh dapat surat aku tu..


Waaa~ Cikgu!! Pulangkan lah balik!! Ase macam nak menangis + melalak + terpekik + terlolong biler ustaz amik surat tu.. (Over la ko asila sampai terpekik terlolong.. Hee~)  Nasib baik tak meroyan.. Blueewekk.. hehek.. ^^  Dengan menggunakan tulang 4 kerat aku ni, aku terloncat-loncat tertonjit-tonjit nak ambik surat tu balik.. Ustaz tu da lar tinggi .. Yela, kite budak2 lagi kan mesti la kecik + cute gitu kan..  Ahakss.. (cute kerr.. )  


Malu giler, surat kantoi gan ustaz.. Depan budak2 kelas pulak tuh.. Kecik-kecik lagi plak tuh?! Ape kess.. Hahaha~ Eleh ustaz tuh.. Macam la ustaz xpernah surat-surat masa kecik-kecik dulu kan..? ^^


Haa~  Adik-adik jangan camni yer.. Hehe~ Tapi adik-adik sekarang ada ker yang guna surat-menyurat nih? hehe.. Adoi.. kak asila ni x moden lar.. Tak trend la kan  guna surat-nyurat ni.. Sekarang guna fesbuk, henpon.. henpon pon canggih-canggih sume kan.. Ye tak? Whatever lah kaaann~ Ade aku kesah.. Hehe.. ^^




~Sekian~
(。◕‿◕。ღ)  


.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

14 January 2012

..kembar ker? Bukanlah! ..


~..Assalamualaikum..~

Hye.. Semalam aku jalan-jalan sekitar bandar kecik kat tempat aku nih.. (ade ke bandar besar kat sini?) Hee~  Masuk bangunan kanggaroo.. woo~ (Ape tuh??) Tunas Manja lar.. Hehe.. Jalan punya jalan sambil cari barang.. Tetiber.. Opss.. Hampir2 nak terlanggar orang larh.. Naseb baek hampir, kalau tak.. Nahas sayer! Hehe..


Dan tetiber jugak.. Eh! (Orang yang hampir nak dilanggar tu lar yang eh! hehe)  


Eh! Kembar ker?



Eh2, saper yang kembar nie? Aku kebingungan sambil garu2 kepala yang memang gatal masa tuh.. hehehe~


Persoalan: Same kerrr~ 



Aiyoo.. Balik jer ase cam nak tergelak guling2.. Ni ler adik aku.. Maybe sbb bdn lebih kurang same kot, tu yang nampak cam kembar.. Aihh, aku kakak dye larh!  heee~ 


Tp kalau korang nak cakap kitorang kembar jugak.. Takpe lah.. Tanpa segan silu nye aku terus membanggakan diri ibarat kitorang ni kembar.. lalala~




~Sekian~
(。◕‿◕。ღ)


.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

11 January 2012

..Slot akasia di tv3 awesome!!..


~..Assalamualaikum..~

Hye olz.. Yaw! Arini kebosanan yang melampauan sampai aku takde kemoodan nak menaipan.. Hohoho~ Ape aku merepek nieyhh.. Whatever~ Forget it.. Cian aku yang takde mood nak menaip nih, tapi demi mengelakkan blog aku berserawang, aku menaip jugak.. Tapi mood aku nak tengok rancangan pebret aku tetap tak akan goyah buat selamanya.. Aiceceh.. Haa~ Ape rancangan pebret aku tuh? Pelagi.. Slot akasia di tv3 lar, ari Isnin sampai Jumaat pukul 7 malam.. Taraaa~



Ekceli drama ni adalah adaptasi dari sebuah novel yang bertajuk "Gemersik Kalbu".. Kalau tak silap penulis nya Anis Ayuni.. Memang tak silap pon sebab aku da kaji kat pakcik google.. terror tak? Huhuhu~ Tapi jalan citer ni memey best larh.. Nak2 time si Wan Ariffin nak ngorat dye.. Huii, macam2 cara nye ye tak? Ingat tak ayat ni?

C.A.N.A.D.A ~ Cute And Naughty Action Developing Attraction

I.T.A.L.Y ~ I Trust And Love You

H.O.L.L.A.N.D ~ Hope Our Love Last And Never Dies

L.I.B.Y.A ~ Love Is Beautiful, You Also 

Awesome! So sweeettt~ Lepas ni mesti ramai yang guna kan cara ni nak ngorat awek.. Huhuhu~ Gudluck ye korang2.. ngee~ Pahtu ade plak sorang lelaki ni nak ngurat dye jugak sebab? Sebab per? Arini Eva.. Huhu~ Peminat upe nyer... Sanggup bagi bunga n adiah hari2.. Glerr arhh! Susa woo nak jumpa lelaki camni.. Kalau dapat kat aku, best nye la haiii.. (Berangan jer aku ni)  Hohoho~ 


Tapi kalau jadi kat aku la kan, aku tak nak la adiah2, bagi aku coklat jadi la.. Nak2 vanhoutan n cadbury.. Pheww~ Memey ler aku jatuh sayang kat dyer.. Sayang ler, cinta belum lagi.. lalalala~ Eh, stop citer sal aku.. >_<


Kepada u olz yang suka tengok citer ni, teruskan lah menonton.. Sebab aku pon suka gak citer nih.. Sibuk jer korang eh nak sama2 gan aku.. Huhuhu~ (kena plak kan..) Kepada yang sedang mengurat, aku sarankan korang guna la ayat2 di atas.. Confirm kantoii punya korang ciplak kat citer "Gemersik Kalbu".. Wawawawa~.. Eh, okey lah.. Thanks sudi baca.. Choww!!


~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 

.

Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

10 January 2012

..wanita tiang negara..


~..Assalamualaikum..~

Hye sUmer.. Peacee.. ^_^v 

Tah angin taufan mana yang tiup kat aku, tetibe rajin plak nak menaip nih.. huhuhu~ Takpelah, sukati aku la kan.. Kalau korang nak baca, bacalah.. Tapi kalau xsuka, nampak tak button pangkah kat tab korang.. Haa, kalau nampak tekan situ cepat.. Tak nampak? Aihh..

Kalau tak nampak, memey la korang kena baca entry ni sampai habis.. Hehe~

Ekceli, entry aku kali ni special for all girl out there.. Gempak tak tajuk aku? huhuhu~ Tapi aku cakap betul ni.. Wanita dipandang tinggi oleh Rasululah.. Baginda pernah besabda yang bermaksud:

"Wanita adalah Tiang Negara, jika baik wanita suatu negara maka baiklah negaranya.. Dan jika rosak mereka maka akan hancur punah negaranya.."

Haa~ Kita2 ni tiang beb.. Macam rumah, nampak cantik jer dari jauh kan.. Tapi camne rumah tu nak jadi kalau takde tiang, betul tak? Wanita lebih terselamat bila bermain dengan perasaan tapi wanita akan tersungkur jika bermain dengan emosi.. Sebab tulah, hak talak diberi kepada lelaki.. :)

Persoalannya sekarang.. Macam mane nak jadi tiang yang baik dan kukuh? Korang nak tau tak? Baca doa doa ni:

"Ya Allah, ya tuhanku.. Aku berlindung kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding antara aku dengan Engkau!"


"Tuhanku! Bintang bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu"

"Tuhanku!Tiada kudengar suara bingatang yang mengaum, tidada desiran pohon yang bergeser, tidada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yan gmelindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keesaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu"


"Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik mahsyuknya.. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang yang banyak melakukan kesalahan dihadapan-Mu"


"Maka moga moga Engkau berikansuatu pandangankepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu"

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian depada keagungan-Mu"

"Semua ikan di laut bertasbih didalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab EngkaulahTuhan yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.."

"Wahai tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malanya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku inisupaya aku  berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah?"

"Demi kemulianmu-Mu, jadikan lah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu,nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.."

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai pilhan apa-apa pun.."

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupunyang dapat memalingkan aku daripada-Mu"

Da abes baca doa ni? Mesti korang pelik doa ape la yang banyak meleret-leret ni kan? ^^

Nilah doa yang di amalkan Rabiatul Adawiyah selama 30 tahun.. Subhanallah.. Betapa kuatnya cinta Rabiatul Adawiyah kepada Tuhan sekalian Alam.. Beliau lah wanita sufi dan serikandi Islam sejagat.. Akan datang aku cerita kan kisah Rabiatul ni okeyy?! Selamat Beramal.. :)  Da malam ni, tak sempat lah.. hehe~ Tidow dulu yaww!!  Selamat Malam olz.. ^^

~Sekian~
(。◕‿◕。ღ) 


Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

Copyright©Segala yang Tercipta Hak Milik Kekal ka-arikitaka