Have a Look.. Thank You!!

Pages

16 February 2012

..Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih..


~..Assalamualaikum..~ 

Okeh, setelah sekian lama tak menghapdet.. Nah.. cerita penting dari aku tok korang..  Baca jangan tak bace..:)


Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.


Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.


Tidak dinafikan ada umat Islam di Negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.


"Hari Kekasih" yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya scenario menyambut “Hari Kekasih” berlaku di kanlangan remaja Islam.  Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.


Keputusan Fatwa Jabatan Mufti Johor:


AMALAN MERAYAKAN HARI KEKASIH (VALENTINE’S DAY) TIDAK PERNAH DIANJURKAN OLEH ISLAM. ROH PERAYAAN TERSEBUT MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR KRISTIAN DAN AMALANNYA YANG BERCAMPUR DENGAN PERBUATAN MAKSIAT ADALAH BERCANGGAH DENGAN AQIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK ISLAMIAH SERTA DILARANG OLEH ISLAM.


OLEH ITU UMAT ISLAM ADALAH DILARANG DARIPADA MELIBATKAN DIRI DI DALAM MERAIKAN HARI TERSEBUT.



Sejarah Perayaan Valentine Day

Valentine asal nama sebenar St. Valentino. Merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman permrintahan Ratu Isabella di Sepanyol.  Beliau merupakan orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol.


St. Valentino telah dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius II (268-270M) .  Bermula dari kisah ini Kristian telah mengabdikan St. Valentino sebagai tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup.. Ia turut dianggap sebagai upacara kegamaan mesyarakat kristian sempena memperingati kematian St. Valentino.

Okeh, done..!  Ade faham? Sori terlambat post info nieh. Ampuunn..  :)


p/s: Aku memang tak pernah sambut Hari Kekasih ni.. Wish pon tak pernah.. Alhamdulillah, InsyaAllah sampai bler.. hek..


Sekian, wassalam.. :)




Thanks 4 reading ya.. SUKE? Like jela ea.. Xkena bayOr pOn.. :)

Copyright©Segala yang Tercipta Hak Milik Kekal ka-arikitaka